Jumat, 24 Februari 2012

ANA

===~♥أنا♥~===

لست الأجمل بين كل النساء
ولا الأروع بين كل النساء
ولكنني ....♥
فتات غير كل النساء




أنا دئمان
اضحك بصدق
احب بصدق
أحزن بصدق
لا اجيد أبدا لعب الأدوار
لا أتقن لبس الأقنعة
عندما ابكي فانا حقاً اتالم
عندما اضحك فانا فعلاً سعيد
احب مشاعري كما هي
لااغير من نفسي لأي شخس
ولا حتي لى إرضاء اي شخس
ولا اعبث بشخستين ليرضي الاخرين

هكذا أنا فعذروني

Sungguh..!!
Ana memang tak layak.
Ana tak layak mengimpikan seorang mujahid soleh.Apa yang ana ada tak mencukupi untuk mengimpikan insan yang soleh sebegitu sebagai peneman hidup .

Sedangkan ana mengimpikan seorang insan yang sangat menjaga solatnya.Namun,ana bukanlah seorang yang cukup sempurna dalam ibadah solat.

Ana inginkan seorang mujahid agama,tapi ana bukanlah seorang mujahidah.Ana sendiri tak mampu mengawal diri ana sendiri.Ana tak mampu berjihad untuk diri sendiri,inikan pula untuk agama.

Ana mengimpikan seorang yang bijak dalam agama,sedangkan ana sendiri tidak mencari ilmu agama dengan bersungguh-sungguh.

Ana mengimpikan seorang yang menjaga ikhtilat sedangkan ana sendiri kurang menjaga ikhtilat.

Ana mengimpikan seorang yang mempunyai ilmu dunia,cerdik pandai lebih2 lagi dalam ilmu akhirat.Tetapi ana bukanlah seorang yang bersungguh-sungguh mencari ilmu.

Ana mengimpikan seorang mukmin yang menjaga pandangannya kepada ajnabi,sedangkan ana sendiri tidak menjaga pandangan.

Ana mengimpikan seorang hafiz al-Quran,tetapi ana bukanlah seorang hafizah.

Ana menginginkan seorang yang baik akhlaknya sedangkan ana bukanlah wanita yang berakhlak mulia.

Ana menyukai orang yang wajahnya sentiasa tenang dan mudah tersenyum,sedangkan ana bukanlah orang yang begitu.

Ana mengimpikan seseorang yang menjaga solat tahajudx,sedangkan ana tidak istiqamah dalam qiamullail.

Ana inginkan seorang pendakwah yang rela nyawanya dikorbankan kerana agama,sedangkan ana sendiri masih lagi takut untuk syahid dalam agama.

Ana inginkan insan yang mengikut sunnah Rasulullah dalam kehidupannya sedangkan ana bukanlah wanita sehebat Khadijah.

Ana..!!!
hax seorang hamba yg penuh dengan kekurangan.
hax seorang hamba yg blom sempurna dalam mencintaix.
hax seorang hamba yg blom sepenuhx menjalankn syari'at islam yg di perintahx.
hax seorang hamba yg blom dapat menjaga hatix dengan baik.
hax seorang hamba yg masih sering lalai menjalankan perintahx.

Ya allah..!!
ana mohon meski ana bukanlah khotijah,bukanlah fatima atau wanita** mulia pilihanmu,ana mohon kokohkanlah kaki ana & kuatkanlah kaki ana dalam melangkah kejalanmu.

Ya allah..!!
hamba tau,hamba memang tak pantas ada di syurgamu.
Tp.!!
hambapun tak sanggup bila harus di nerakamu.
Maka ampunilah dosa** hamba ya allah.

Amiiiiiiiiii,,

Senin, 20 Februari 2012

Majlis Rosulullah SAW

Dalam menyebutkan nasab yang mulia dan kesucian nenek moyang beliau SAW

Nasabnya SAW :
Beliau adalah Abu al-Qasim, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ad bin Luay bin Ghalib bin Fihir bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan.
Inilah yang disepakati dalam nasab Nabi SAW, Sebagaimana mereka juga sepakat bahwa ‘Adnan berasal dari keturunan Nabi Ismail AS.
Nama-namanya SAW :
Dari Jubair bin Muth’im RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ لِي أَسْمَاءَ: أَنَا مُحَمَّدٌ, وَأَنَا أَحْمَدُ, وَأَنَا اْلمَاحِي الَّذِي يَمْحُو اللهُ بِي الْكُفْرَ وَأَنَا الْحَاشِرُ الَّذِي يُحْشَرُ النَّاسُ عَلَى قَدَمَيَّ وَأَنَا اْلعَاقِبُ الَّذِي لَيْسَ بَعْدَهُ أَحَدٌ 

“Sesungguhnya aku mempunyai beberapa nama: aku adalah Muhammad, Ahmad, al-Mahi yang Allah SWT menghapuskan kekafiran denganku, aku adalah al-
Hasyir yang manusia digiring di atas kedua telapak tanganku, dan aku adalah al-‘Aqib yang tidak ada seorangpun (dari nabi) setelah aku.’ (Muttafaqun ‘alaih)

Kesucian nenek moyang Rasulullah SAW :
Ini termasuk yang tidak memerlukan dalil. Maka sesungguhnya Nabi SAW yang terpilih berasal dari Bani Hasyim dan keluarga besar suku Quraisy. Maka beliau bangsa arab yang paling mulia secara nasab. Beliau berasal dari kota Makkah, kota yang paling dicintai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:

ألله أعلم حيث يجعل رسالته

Allah SWT mengetahui di mana Dia SWT menjadikan risalah-Nya.
Abu Sufyan RA mengakui –dan hal itu sebelum ia masuk Islam- terhadap tingginya nasab Nabi SAW dan kemuliannya, dan peristiwa itu terjadi saat ia ditanya oleh Heraklius tentang nasabnya, maka Abu Sufyan RA menjawab: 'Dia pada kami termasuk yang mempunyai nasab. Heraklius berkata: 'Demikian pula 

para rasul, diutus pada nasab kaumnya. (Muttafaqun ‘alaih).
Dan Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ عز وجل اصْطَفَى مِنْ وَلَدِ إِبْرَاهِيْمَ إِسْمَاعِيْلَ, وَاصْطَفَى مِنْ بَنِي إِسْمَاعِيْلَ كِنَانَةَ, وَاصْطَفَى مِنْ بَنِي كِنَانَةَ قُرَيْشًا, وَاصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِي هَاشِمٍ, وَاصْطَفَانِي مِنْ بَنِي هَاشِمٍ

“Sesungguhnya Allah SWT memilih Nabi Ismail AS dari keturunan Nabi Ibrahim AS, dan Dia SWT memilih Kinanah dari keturunan Nabi Ismail AS, dan memilih Quraisy dari keturunan Kinanah, dan memilih Bani Hasyim dari keturunan Quraisy, dan memilih aku dari Bani Hasyim. (HR. Muslim)
Dan di antara kesucian nasabnya SAW, sesungguhnya Allah SWT telah memelihara kedua orang tuanya dari perbuatan zina. Maka beliau dilahirkan dari pernikahan yang sah dan bukan terlahir dari perzinahan. Sebagaimana sabda Nabi SAW:

خَرَجْتُ مِنْ نِكَاحٍ وَلَمْ أَخْرُجْ مِنْ سِفَاحٍ مِنْ لَدُنْ آدَمَ إِلَى أَنْ وَلَدَنِي أَبِي وَأُمِّي

“Aku terlahir dari pernikahan dan tidak keluar dari hasil perzinahan, dari sejak Nabi Adam AS hingga ayah dan ibuku melahirkan aku, dan tidak sedikitpun menimpaku dari perzinahan jahiliyah.” (HR. Ath-Thabrani dalam al-Ausath dan di hasankan oleh Syaikh al-Albani).
Dan beliau juga bersabda:

خَرَجْتُ مِنْ لَدُنْ آدَمَ مِنْ نِكَاحٍ غَيْرَ سِفَاحٍ

‘Aku keluar dari sejak Nabi Adam AS dari pernikahan, bukan dari perzinahan.’ HR. Ibnu Sa’ad dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani.
Ibnu Sa’ad dan Ibnu ‘Asakir meriwayatkan dari al-Kalbi rahimahullah, ia berkata, ‘Aku menulis bagi Nabi SAW lima ratus (500) ibu, maka aku tidak menemukan perzinahan pada mereka, dan tidak pula sesuatu dari perkara jahiliyah.
Perkataannya: ‘lima ratus’ maksudnya semua nenek moyangnya dari pihak bapak dan ibunya.
Penyair berkata:
Dari sejak zaman Nabi Adam AS senantiasa menjaga baginya
Sulbi dan rahim dalam keturunannya

Sehinga berpindah dalam pernikahan yang suci
Tidak terkumpul padanya yang haram
Maka nampak bagaikan bulan purnama yang sempurna di malam hari
Selama menampakkan cahayanya yang menerangi maka ia menjadi sempurna
Maka tersingkaplah kegelapan dari cahayanya
Dan cahaya membuat kegelapan tidak terlihat lagi
Terima kasih kepada yang memberikan nikmat kepada kami
Awhaam tidak lagi meliputi hakekatnya

Sabtu, 11 Februari 2012

Cinta

Cinta itu misteri. Tidak berbentuk tapi di cari, tidak bernyawa tapi hidup, tidak tajam tapi mampu melukai, tidak mekar tapi mewangi.

Cinta bukan seperti sekuntum bunga, mekarnya tak lama, layunya tiada makna. Cinta sejati mekar selamanya.

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah adalah menyayanginya tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun darinya

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka

Cinta itu jelas indah, walaupun di sisi lain juga menyakitkan. Kerana itu kita harus belajar menikmati sisi keindahannya.

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.

Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia.

Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta,jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.